Azan sedang
berkumandang.
"Ah...jap
lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu".
Bebola mataku
yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar
menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.
"Aduhhhhh...Sakitnya
mata. Lenguhnya tengkuk. Lah...patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah
lama main facebook".
Dan aku pun
menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan
memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat
dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.
Aku minta apa
dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan
Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai
langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak
usha facebook dialah".
Semangatnya
aku.
Aku ulangi
tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia
internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena
belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.
Aku puas.
HAMBA APAKAH
AKU?
Dunia internet.
Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?
Kita ini hamba.
Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya.
Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua
hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.
Mampu
menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah.
Dia yang
mencipta kita. Untuk apa?
Semata-mata
hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap
perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat
untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai
tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi.
Ia tempat terakhir perjalanan roh.
Berfacebook,
berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada
Allah?Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu
asas binaan mahligai di syurga kelak?
Oh! Di mana
nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?
Seorang hamba
itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta "bermaksiat"
dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke
padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.
Tidak ada
perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah
Allah.
Dia merdeka
daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan.
Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga
ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.
Cukuplah Allah
sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan
movie Korea. Bukan chatting.
Itulah nilai
seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin
tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.
Seperti dalam
firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan
jalan, jalan KETAQWAAN dan jalan
kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih
jalan kefasikan.
yun jangan lupa Fallow blog q juga nag
ReplyDelete